Friday 28 December 2012

Perfect & Fabulous Attire!- Sepatu Persandingan kamu!

Bismillah,

Hi Hi Hi!

Gila skema tulis 'Sepatu' ! hahahaa. Bukan apa, kalau aku tulis kasut kahwin, rasanya macam pakai Sport shoes. Entah, kepala otak aku kalau orang cakap kasut, aku akan terfikirkan, kasut yang tertutup, flat,sneakers etc etc etc. 0__o

Okay, meh aku nak share story aku dan harry menjelajah selama 2 bulan di kompleks2 membeli-belah di JB semata untuk mencari sepatu yang hanya nak nampai kaki tu cantik masa bersanding. hahahahaha.

Of course, kita nak cari yang murah dan cantik ye tak? 

At first, aku suka sangat design sepatu ada reben reben  dan bling bling macam ni,


Yang bereben tepi cenggini pun cunnn

reben belakang pon hokey.

Yang pasti, taste sepatu aku adalah bereben-reben dan bling bling ye. Biarlah, kahwin sekalii je kotttt.
Konfom harga kasut cenggini beratus-ratus. boleh cecah beribuuu agaknya!.
lastly, aku dapat juga kasut yang takdalah sebijik macam yang aku nak, tapi ada iras-iras juga lah.

TADAAAAAA!
Yeayyyyyy!


Ada reben kat tepi uolls! ada bling bling jugak!

Harga cik sepatu ni below seratus. RM89 sahaja :) still under budget.  Kiteorang beli dekat 'PAYLESS OUTLET' dekat Jusco Bukit Indah .Aku survey sebelum ni sepatu ni range RM 100- 500 jugaklah. Tapi rezeki agaknya, jumpa yang seiras dengan sepatu idaman pun  jadilahh. Alhamdulillah.

Untuk next year, rasanya, boleh dapat yang lagi murah denagn design macam aku. sebab ini trend 2012, kalau trend 2013 mesti dah bertukar, so harga mesti dah turun, yang pastinya, beli ikut budget, jangan sedap hati je ok?

Thank You.

Adiosss



Thursday 27 December 2012

Step Wajib – Tak Buat, Tak leh Nikah!


Bismillah,

 Hi Hi Hi,

I have very long-tired-day. So, last week, tak update Fesbuk,belog,gosip belog etc etc. Tiresome. T.T
24 Disember 2012 aritu, aku dan adek aku settlekan benda yang paling penting untuk Nikah nanti,

Iaitu,

Menyettlekan segala dokumen, temuduga sebelum mendapatkan KEBENARAN  BERNIKAH. Aku saja besarkan tulisan sebab nak bagitahu korang, betapa pentingnya step ni dan juga apa benda yang kena prepare sebelum pergi ke Pejabat Kadi Daerah korang.
Tapi , rileks der, tak sesusah dan serumit mana pun. Dulu aku pun fikir mesti leceh dan rumit, tapi alhamdulillah, dah settle dah J so, meh aku listkan apa benda yang kena korang prepare ( untuk perempuan ye )

NEGERI JOHOR je tau, NEGERI lain kena googlelah, Tapi rasanya lebih kurang je Je

  • 1.      Borang kebenaran bernikah -   Boleh di ambil di PEJABAT AGAMA DAERAH korang atau pun daerah lain asalkan NEGERI SAMA. Harga RM 5. Kena isi LENGKAP
  • 2.       Copy IC korang dan asal
  • 3.       Copy IC bakal suami korang. – Ada yang kata perlu, ada yang kata tak payah, tapi better bawak
  • 4.       Copy IC wali korang – Ayah selalunya lah, tapi kalau ayah dah meninggal, sesiapa yang berkelayakan
  • 5.       Copy IC  saksi 2 orang -  Saksi – saksi ni, kena sign kat ‘Borang kebenaran nikah’ nanti. Saksi selalunya tak kisah sesiapa, asalkan Baligh, Islam dan Siuman ok?. Bos korang atau kawan-kawan pun boleh.
  • 6.       Copy Sijil Nikah mak dan abah korang.- Yang original kena bawak jugak sebab diaorang nak sahkan nanti. Kalau korang anak perempuan sulung, ada prosedur lain taw.
  • 7.        Copy Sijil Kursus Kahwin – Yang original pun depa nak juga
  • 8.       Pengesahan status Bujang – Pengesahan ni boleh korang mintak bos korang buat . Just tulislah yang korang ni bujang lagi, Tapi bos kena ISLAM lah. Kalau bos dengki taknak buatkan untuk korang, boleh mintak ketua kampung /penghulu/pejabat kadi yang buatkan. Macam aku, Ketua kampung yang buatkan dan kena bayar RM5 okk.
  • 9.       Dokumen dari Bakal suami korang ( kalau yang lain daerah/negeri, pihak lelaki kena settelkan dulu baru pihak perempuan boleh buat)  kalau korangnya bakal suami adalah luar daerah/ negeri. 

-Korang kena bayar RM 20 ringgit kat Pejabat Agama daerah tu nanti.
-Dokumen kebenaran nikah yang korang kena bagi tok imam nanti akan dapat lepas 3 hari waktu bekerja. boleh minta orang lain ambilkan.

## Kalau yang lelaki, sama je rasanya. Cuma diaorang tak payah ada sijil nikah mak dan abah diaorang. Bezanya adalah kat dalam Borang kebenaran Nikah diaorang je.

Pastuh, dah settle prepare, bawak pergi pejabat agama,  tapi pihak lelaki yang lain daerah/negeri, takyah datang pun takpa. Cuma yang sama daerah kena settle sama-sama lagi senang.

Pastu TEMUDUGA! Hahahhaha, cuak ler tewww! Ahahahaha.

Masa aku aritu, dia ada bagi senarai soalan yang akan ditanya.
Ni soalan kat daerah Segamat :

·         Mengucap 2 kali shahadah
·         Al-Fatihah
·         Toharah
·         Munakahat
·         Ibadat
·         Doa Qunut

Tapi most of the time, depa tak akan tanya semualah. Ikutlah suka pegawai tu, aku plak kena 3 soalan je, adek aku langsung tak ditanya soalan. Siap berborak lagi. Pendek kata, ikut sedap pegawai tu lah. Yang penting Konfidennnn! Hahahhaha.
Alah, asalkan yang basic tu korang tahu , takpalah, kalau mengucap pun tak lepas, macamana kan?

Susah ler macam tu.


So, if ada yang aku tertinggal, aku akan update lagi ye!

                       # lepas ni, aku pegang status yang berbunyik "Im married' plak! Yeay yeay! :p
Semoga dipermudahkan segalanya. Aminn.

Adioss!






Friday 21 December 2012

Rental House! - Don't Selfish Dear!

Bismillah, 

 Hi hi Hi!

 BILA story pasal BERKAHWIN, its all about SHARING kan? 

Dah tak.boleh, barang kau,brg kau barang aku,brg aku. Kalau macam tu, baik single lagi bagus.
Sharing means, korang kena share in everything. Jangan selfish. 


 Even before kahwen utk.plan sewa rumah.perabot,etx etc Try to involve,jgn harapkan pihak lelaki yg kena provide everyting. Kau masuk cuci kaki je. Cannot, cannot!

Lets say, Both of u plan to rent house. Contohnya sekarang ni, masing masing menyewa bilik TOTAL sewa bilik korg 150, lelaki 200 TOTAL is 350 kan? So,biler cari rumah pleaselah, pilih range sewa between 350-450 je, sebab apa? U have to share rental house, ( mula-mula kahwin kenalah bantu laki ,dah stabil, barulah boleh pikir beli rantai, cincin gelang emas semua! hahaha) kalau taknak share pon xpe, tapi u kena share bahagian korang dekat bil bil lain. Kenapa burdenkan laki kau? UNLESS, if korang TAK BERKERJA, dan  laki kau MAMPU SARA kau dari hujung rambut ke hujung kaki, takdalah masalah kalau korang taknak tolong bayar bil-bil.


 We got this xperince. Me and harry masa tu tengah mencari rumah sewa. Susahh geler. And sometime kiteorg dah giveup. Eh, Geler nak giveup,tak kan nak stay bawah jambtan  Kan? 

Then, Our last choice was a rental is RM 650! Omaigod! Mahal kot kan? Kitaorang hampir-hampr nak pilih rumah sebab baru tersedat betapa susahnya nak cari rumah sewa yang murah di JB ni. 

 Total sewa yg kami sewa bilik sekarang ni Rm350, imagined, dari 350 ke 650? No, its not worth it, plus kawan kawan office advice,orang yang baru berkhawin, takyah sewa mahal mahal Nak start life kena perlukan banyak duet. So,takpa biar rumah kecik tapi mampu bayar. 

 THEN finally, Memang dah rezeki agaknya suppose be,kakak ni nak jual rumah flat ni tapi dia terbuka hati nak sewa dekat kami. HARGA MURAH, RUMAH CANTIK. So, akhirnya, kami dah decide untuk stay dekat flat tu. Sewa hanya Rm400 sahaja. 3 BILIK, 2TOILET DAN ADA BERANDAR. kecil tapi worth it. 

So nasihat aku, kalau ada rezeki, suruhlah tunang korang cari rumah awal awal, sebab rumah sekarang makin lama makin mahal.Paling tidak, dah cari rumah sewa 4-5 bulan sebelum kahwin. Kalau dah ada rumah sendiri, lagi bagus, korang tak perlu risau lagi nak mencari rumah sewa.

Ingat, nak sewa rumah, kena ikut kemampuan, bukan sedap rasa je ok?


 Thank You.
Adios.

Saturday 15 December 2012

Preparation for weeding – Money is your best solution!


Hi Hi Hi!

Meh kita berborak sikit tentang antara persiapan hari bahagia korang,

Selepas majlis bertunang, haruslah korang start simpan duit untuk korang kahwin nanti.
Jangan tangguh-tangguh , nanti korang akan pening, gelabah mana nak kumpul duit bagai.
Ingat eh, bukan setakat kumpul duit untuk Pakej Bersnding je. Fotographer,barang hantaran kad kahwin , boncrot ,baju nikah,cincin ( kalau plan nak bagi cincin kat pihak lelaki) and etc pon kena amek tahu.
Terus je save tiap bulan RM300 ke. Pejam je mata. Sebab nanti bila nak mengeluarkan duit untuk exspenses nanti, terbeliak dah mata korang. Hahaha.

Antara tips-tips dari aku:

  • ·         Cari wedding planner yang dekat dengan lokasi korang bersanding. Dapat jimat kos perjalanan diaorang , memudahkan urusan persandingan korang juga. Senang nak deal kalau dekat.
  • ·         Kalau korang tak buat kat rumah, tapi buat macm kat dewan ke or taman ke, CARI orang yang dah biasa uruskan majlis kat tempat cenggitu. At least diaorang dah tahu apa yang kena buat.
  • ·         Kena plan untuk beli apa barang hantaran. Takyah mahal-mahal.Tepuk dada, Tanya poket.
  • ·         Paling senang kalau nak estimate beli barang hantaran, katakana hantaran korang nak bagi pihak lelaki 9 dulang. So, tiap bulan save RM100-150 untuk beli 2 barang hantaran. InsyaALLAH within 5 bulan dah settle dah. Boleh simpan duet untuk benda lain pula itupun kalau korang tak berangan nak hantaran macam retisss lah kannn
  • ·         Pilih tema memang bagus. Tapi SELAGI korang tak tengok/survey pelamin dan baju yang sesuai, agak payah korang nak memilih tema yang tetap. Kot kot jiran sebelah rumah nak kahwin pun berkenan dengan warna tema korang, tak ke cam boria gitu?
  • ·         Kursus kahwin kenalah buat cepat. Kalau awal awal pon bagus. Senang. HIV Test kena ingat, hanya valid 6 bulan dari tarikh nikah, so janganlah bongok lembam sangat nak kahwin bulan 9, korang buat bulan 1. Itu sengal namanya.
  • ·         Kad kahwin yang paling sesuai untuk order adalah 2 bulan sebelum majlis. Sebulan untuk tempah, sebulan untuk edar.
  • ·         Pilih kad kahwin pon kena betul-betul jangan main bedal.Takyah order kad banyak2 . bagi pada kawan-kawan yang confirm datang, tapi jauh . Sekarang Facebook dah ada, tepek kat Facebook pun boleh. Kalau banyak duit pun, kena ingat, kau beli mahal-mahal pon, orang lama-lama akan buang juga. Biar murah tapi berbaloi. Macam aku, aku ambil kad kahwin dekat kak Nik Wani. Facebook page dia :


1.       Kad Kahwin 600 pieces
2.       Bunting 3 pieces
3.       Banner 1 piece
4.       Penunjuk arah 8 pieces


Cengginlah rupa kad kahwin nanti.



Bunting & Banner & Penunjuk arah .

Semua di atas, aku dapat dengan harga RM 345 je! Memang berbaloi. Mungkin takdalah semewah, seunik mana pun, tapi ni je yang termampu. 

OHH! lupa nak habaq, Aku dan my adik akan bersanding sekali. So akan ada 2 pengantin. But still, sama juga benda yang nak kena settle.

Banyak lagi perkara yang kena di ambil berat. Tapi cukuplah takat ni.

Tengah menaip post ni, aku pun secara tak langsung , tengah memikirkan apa lagi yang belum settle lagi.Tibe-tibe stress! T.T sobs sobs

Mana yang terkurang tu, maafkanlah ye. Yang terlebih tu, halalkan je.

Adios!





Friday 14 December 2012

Merisik & Bertunang

Salam Jumaat!

Nak menulis Belog ni, bukan senang rupanya . Kekuatan mental memang sangat diperluka. Taip satu ayat, berhenti, taip lagi, pandang skrin, tekan backspace.. cenggitulah yang aku tengah buat sekarang. Nak menyusun ayat tu, haishh susah betul.

Takpe,

Kita terus ke isi kandungan ye ? *sigh


Merisik.

Merisik adalah proses di mana nak mengikat janji sebelum bertunang. Macam booking jugalah lebih kurang.
Normally merisik takyah buat majlis apa pun, just family lelaki datang risik, bagi cincin, makan-makan sikit, settle dah. Masa ni tetapkan tarikh bertunang semualah.


Family Harry datang merisik Februari 2012.


Kami get back balik bulan February 2012

Pelik eh ?

Well, within 1 year kami berpisah, kami hanya berjumpa sekali sahaja iaitu sekitar bulan 9 atau bulan 10 2011. Masa tu just pulangkan barang je kata harry ( padahal kantoi rupe-rupenya rindu dekat aku) wakakakaa!

........................... Sampailah Februari 2012. Awal bulan. Harry datang JB saje je nak jumpa adik aku dan Syah. So, masa tu rasa, 


"Dah setahun kot, come on lah! move on!" 

so, aku pon join diaorang.

Dup dap dup dap. DAMMIT! perasaan tu still ada! Haish.

We just keep talking, looking at each other eye. And sometime, silent.

Di situ bermula segalanya :)

** Gambar masa merisik tak boleh letak sini. Tidak berhijab ketika itu.


Bertunang.

Alhamduilillah, kami telah bertunang pada 19 Mei 2012 aritu.

Nervous. Serius.Dah tak boleh main-main dah, sebab dah ada 2 cincin! ahahaha

Proses bertunang tu untuk memilih tarikh akhir untuk bernikah nanti. Masa ni, kenalah bawa hantaran semua.

Beli mana yang mampu je. 

Masa aku tunang dulu, rasa sangat membazir. Siap pelamin bagai. Konon nak glemer macam retissss, tapi guna pelamin tu sekejap je, takleh buat tido pon. Jadi hiasan jeee. hahahaha


                                                  Pic masa bertunang eh, bukan nikah. T.T

Now, kami sedang mencounting days hari bahagia kami nanti.

Pejam celik pejam celik, lagi 57 hari je lagi.

Kronologi cerita kami:


February 2011 - Breakup
February 2012 - Merisik
February 2013 - Berkahwin 
February 2014??? 

InsyaAllah, Kita merancang, Allah yang tentukan. Amin






Where should i start? - Getting Back Together!

Gempak sehhh tajukk!
But nice kan? kan? >,<Ada yang tahu, dan ada yang tak tahu. Aku dan Harry ( love to call my fiance by his cute name) telah bercinta sejak 2007 hingga  February 2011 . February 2011, kami break up...

Sebab kami putus?
Disebabkan ada juga manusia yang wujud di dunia ni yang masih menggunakan pertolongan "syaitoonirojim" untuk memuaskan kehendak dia.Dan mangsanya adalah Harry. Itu je yang boleh di explainkan, sebab, bila teringat balik kejadian tu, hati aku sakit. pedih . sedeh tauuuu :( . So sebab itu, kami berpisah selama 1 tahun!.

Never thought i will experience the heartbroken moment. It's sucks!. Miserable. Lonely . 

Within 1 year tu, of course, we had meet macam-macam orang. suka macam-mcam orang. Rasa macam-macam perasaan, pendek kata banyak macam-macamnya. hihii

Tapi aku tak tahulah kenapa, tapi untuk diri aku, ( tak tahu harry macamana), I know, we will be together again. Still,  First Love is hard to forget kan ?. Tak pernah rasa kami berpisah, just aku rasa kami hanya jauh untuk 1 tahun. 

Siapa duga kan? Allah dah takdirkan kami berpisah, dan Allah juga takdirkan kami berjumpa semula kan?


Surat 36 – Yaasiin, ayat 82 : “Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: jadilah, maka terjadilah ia“.

Apa lagi yang perlu kita ragu kan?




Thursday 13 December 2012

I'm not hate my past, i just don't like them much. 2013? Here we Go!

As Salam.

Yeay! Yeay! 


Found back my Belog after"googleling" my own name! What? Googleling your own name? Yes!


Back then, i wrote in belog about my life start on January 2012. Then sebab tak istiqamah, memang terlupa diri ini ada sebuah belog. ecehh.


Dah nak akhir tahun dah pon T.T . Nak buat cemana, banyak kisah pahit kan.


So, if i start my belog again, it still okay kan?


Forget my miserable past, i will move on on my exciting future, Amin!


Still, same like my Fesbuk status, "Sharing is Caring, But if feel annoying, do not care ok?"


Sebab Musabab terasa nak update semula belog ni adalah, hmmmm,



"Jangan meragui takdir dan ketentuan Allah. Allah uji kita, sebab DIA sayang kita"


Just to share my story which is change my definition of FATE.


P/S: FYI, all my past post is BEFORE i met my fiance back :) so, ignore my whinning and my stupid -lonely-girl hokey?  >,<


Friday 20 January 2012

Untitled #3 STRESS week

Danzae Pace ~ Stress is the trash of modern life - we all generate it but if you don't dispose of it properly, it will pile up and overtake your life ~


Charles W. Mayo, M.D ~ Worry and stress affects the circulation, the heart, the glands, the whole nervous system, and profoundly affects heart action ~



Missing childhood moment .
where, I dont have to think about else.
Just Play . and Fun . Cry And Eat .Sleep .
That's All .



Monday 16 January 2012

Along will be married , Adek will be enggaged soon, Me? will be too?

As Salam :)

Today was very hot-hot-hot in JB! Chin-cha! Plus dengan Cuaca yang sangat panas Plus dengan Fever! Ohmaigod! Memang takleh handle!


i took halfday work only today. Rasa macam nak terbakar otak , macam kena panggang badan, sweating since pagi . :( 

Tapi bukan itu yang nak di belog kan hari ini. sah-sah Title post lain kan, yang ni mukadimah je sebab nak memikirkan ayat apakah yang sesuaikah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan, erkk, apa pon bley!

KAHWIN!


Kebiasaanya proses ini akan berjalan selepas proses merisik dan proses bertunang,(tatabahasa haruslah betul ya kawan-kawan.) dan juga Nikah. Makanya, tidak ada istilah Kahwin sudah, nikahnya belum lagi! tidak betul ya kawan-kawan, haram maknanya itu! >,<

Akak sulung aku dah bertunang last year september 2011 dan akan bernikah ye Jun 2012 ini.
So, takpalah kan, haruslah kakak yang sulung yang memulakan langkah ke gerbang perkahwinan kan kan? 

And As a First Weeding for our family, Insyallah akan berjalan dengan Meriah, cemerlang dan terbilang! Cant wait tunggu along dah kawen, dapat baby , yeahhhh!

My beautiful sister and My bro -in-law , Ihan . welcome to our family soon :)
BERTUNANG!


proses ini kebiasaanya lepas merisik lah kan, Tapi zaman sekarang, merisik dengan bertunang sekali jalan lah, senang, habis cerita, jimat duit, jimat kos, jimat masa dan tenaga! fuhhh semputt!

Cerita pasal tunang ni, sedih sebenarnya, ( wkakaka) my YOUNGER sister ok, YOUNGER tau,yang baru 18 tahun tahun Februari ni, plan akan bertunang this year or maybe time my sis wedding. Chin-cha!  Ok, siyesly, memang sentap sikitlah kan bila adek akan bertunang dulu, sobs sobs sobssss.

Takpa Seri! (sambil menarik nafas  dan menghembuskan dan mengangguk-anggukan kepala ) Untunglah kau! Langkah Bendul! untunglah nanti adek kau tunang+kawen, kau dapat juga! woooohhaaaaa! Untung betul lahhhhhhhh! >.< hahahahah.

But, chin-cha, aku happy for my sisterss. Dia pun dah bercinta 4 tahun . and Syah( my future bro-in-law) insyallah kalau jodoh, lelaki yang baik dan bertanggungjawab . And so far, aku yakin dengan dia akan bahagiakan adek aku. :) and thanks sebab jaga adek aku dengan baik. Insyallah, aku doakan korang kawen cepat-cepat. Aminn..


sorry ler syah, gambar kau yang cenggini je ada. >,<


TURN AKU?

 "Andai Allah dah tetapkan jodoh di Loh Mahfuz, cepat atau lambat, itu ketetapan Allah" :) 

Aku percaya Allah tahu apa yang terbaik buat aku dan sebagai hamba Allah, aku Percaya Allah itu Maha Adil dan Berkuasa. >.<


"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"- Ombak Winduuuu :)








Sunday 15 January 2012

untitled: #2 Miserable .

Again . 



Move on . Do i have to get it through one more time?
.........

Currently listening to Bruno Mars -Again.



Thursday 12 January 2012

Look Forward Until You know When You have to look back.


Welcome 2012!
Its time to refresh and Loosen up the old , lame life!
Hope the successful and prosperity for all of you !