Friday 14 December 2012

Merisik & Bertunang

Salam Jumaat!

Nak menulis Belog ni, bukan senang rupanya . Kekuatan mental memang sangat diperluka. Taip satu ayat, berhenti, taip lagi, pandang skrin, tekan backspace.. cenggitulah yang aku tengah buat sekarang. Nak menyusun ayat tu, haishh susah betul.

Takpe,

Kita terus ke isi kandungan ye ? *sigh


Merisik.

Merisik adalah proses di mana nak mengikat janji sebelum bertunang. Macam booking jugalah lebih kurang.
Normally merisik takyah buat majlis apa pun, just family lelaki datang risik, bagi cincin, makan-makan sikit, settle dah. Masa ni tetapkan tarikh bertunang semualah.


Family Harry datang merisik Februari 2012.


Kami get back balik bulan February 2012

Pelik eh ?

Well, within 1 year kami berpisah, kami hanya berjumpa sekali sahaja iaitu sekitar bulan 9 atau bulan 10 2011. Masa tu just pulangkan barang je kata harry ( padahal kantoi rupe-rupenya rindu dekat aku) wakakakaa!

........................... Sampailah Februari 2012. Awal bulan. Harry datang JB saje je nak jumpa adik aku dan Syah. So, masa tu rasa, 


"Dah setahun kot, come on lah! move on!" 

so, aku pon join diaorang.

Dup dap dup dap. DAMMIT! perasaan tu still ada! Haish.

We just keep talking, looking at each other eye. And sometime, silent.

Di situ bermula segalanya :)

** Gambar masa merisik tak boleh letak sini. Tidak berhijab ketika itu.


Bertunang.

Alhamduilillah, kami telah bertunang pada 19 Mei 2012 aritu.

Nervous. Serius.Dah tak boleh main-main dah, sebab dah ada 2 cincin! ahahaha

Proses bertunang tu untuk memilih tarikh akhir untuk bernikah nanti. Masa ni, kenalah bawa hantaran semua.

Beli mana yang mampu je. 

Masa aku tunang dulu, rasa sangat membazir. Siap pelamin bagai. Konon nak glemer macam retissss, tapi guna pelamin tu sekejap je, takleh buat tido pon. Jadi hiasan jeee. hahahaha


                                                  Pic masa bertunang eh, bukan nikah. T.T

Now, kami sedang mencounting days hari bahagia kami nanti.

Pejam celik pejam celik, lagi 57 hari je lagi.

Kronologi cerita kami:


February 2011 - Breakup
February 2012 - Merisik
February 2013 - Berkahwin 
February 2014??? 

InsyaAllah, Kita merancang, Allah yang tentukan. Amin






No comments:

Post a Comment