Wednesday 30 January 2013

Quickie Post :)

As Salam,



Doa untuk Sang Isteri kepada Sang Suami :)





'Ya Allah, KAU makbulkanlah setiap doa yang telah aku panjatkan pada-MU selama dia menjadi imam aku'

Aminn.

Friday 25 January 2013

My life after 1 week become Harry's wife ♥♥

As Salam,

Hi Hi Hi

Salam Jumaat korang & Selamat Menyambut Maulidur Rasul :)

Hari ni dah masuk Seminggu, aku bergelar wife kepda Harry. Bahagia rasanya. Sungguh :)
Semoga bahagia kami yang baru ni  akan kekal sampai ke Jannah. Amin.

Orang cakap, dah kahwin nanti, barulah perangai sebenar masing-masing akan muncul . Masa tu , marah, geram, sakit hati semua ada. Tapi setakat seminggu ni, alhamdulillah, takdalah yang buruk-buruk tentang beliau. hahaha. kot kot lepas seminggu baru tunjuk belang kan? hahahahah :p ampun sayang!hehe

Banyak perkara berubah . Rutin harian pon dah totally berubah.

Kalau dulu, masa bujang, aku balik kerja, Solat Asar, makan ( sebab aku memang akan makan before 7 petang) , bukak laptop tengok Korea, tunggu Magrib , sambung Korea , Solat Isya' pastuh tido sampai lewat pagi!

Tak sehat betul amalan rutin harian aku.

Dah kahwin ni rutin kena berubah. kena jaga hati hasben , kena dahulukan beliau dulu. dengar cakap beliau. Kalau dulu, hitam kata dia, putih kata aku, sekarang, hitam dia, hitamlah aku! kan nampak disitu VETO hasben! kalau beliau kecik hati, cepat-cepat aku pujuk, kang dosa, masuk neraka taw! hahaha

Kalau dulu, nak solat, lambat-lambat pon takpa. hmm, kekadang pon terkandas juga. :(
Dah ada hasben, best, solat sama-sama :) . Aku dan Harry dah fix kan untuk Solat Magrib sama-sama setiap hari . Masa ni, Ya Allah, indahnya perasaan bila dapat ber imamkan hasben sendiri. :)

Lepas tu kena pikir nak amek hati dia. Masak pun kena sedap, ikhlas, selawat masa masak. Moga-moga hasben ingat kita setiap hari, tak kan pandang perempuan lain . Kalau dulu, makan apa pun tak kesah, sekarang nak makan kena fikir apa yang dia suka, dia tak suka..

Hahah. Even seminggu pun, kiteorang still rasa malu-malu lagi. Almaklumlah, sebelum ni, duk rumah terbongkang, selekeh-selekeh pon takpa, hah, sekarang ni, nak tido pun malu, kena wangi wangi, bagi nampak kemas dan cantik sikit kat mata hasben.

Rumah pon kena selalu kemas. Beliau pula jenis yang memang suka tempat kemas-kemas. Nasib baik beliau rajin tolong aku. Masak boleh, kemas rumah pon boleh. Untung dapat hasben macam beliau.:) wawawaawa

Bagi sesiapa yang tanya perasaan orang dah kahwin ni, susah juga nak cakap. sebab tak semua ye boleh jadi indah-indah kan. Tapi yang penting, kita jangan ceritakan perihal rumah tangga dekat orang lain. Benda yang elok-elok bolehlah cerita ye tak?

Yang pastinya, seronok bila ada orang yang akan jaga kita.disisi kita :)


Seronok tengah sepupu, baby yang comel-comel macam ni. InsyaAllah ada rezeki kan? :)



Thanks for reading :)
Adios!

Wednesday 23 January 2013

Tarikh nikah dah bertukar-tukar - What's happen?

Salam,

Hi Hi Hi,

Agak lama tak mengupdate belog. Kesan daripada apa yang berlaku. Aku decide untuk diijabqabulkan  dulu  sebelum mengupdate belog ni >.<

Kawan-kawan ada yang tanya kenapa aku nikah awal pada 19 January sedangkan aku bagitahu kat belog, aku nikah 3 February 2013 lepas ditukar yang pada mulanya pada February 2013

Tak tahulah kalau korang ada pikir yang bukan-bukan kan >.< . Jahat tau pikir macam macam tu. :(

Ceritanya macam ni,
  • Sepatutnya Nikah dan Sanding plan asalnya pada 9 February 2013.
  • Ditukar Nikah pada 3 February sebab Imam Ghafar ( terbaek punya imam) tak free 9 Feb sebab beliau nak menunaikan Umrah. 
  • Akhirnya, dicepatkan pada 19 January sebab masalah Catering takda masa tu, sebab bulan February tengah sibuk untuk sambutan Maulidur Rasul dan kebetulan Imam Ghafar kena menghadiri majlis-majlis Maulidur Rasul/potong jambul . Dan ketika 3 Feb juga, surau dan masjid penuh sebab majlis Maulidur Rasul tu.

Ye, aku faham, mesti ada orang cakap, 

"Tak akan Imam/Kadi satu je kat labis kan?"
"Alah, nikah kat rumah, apa salahnya?"
"Asyik tukar-tukar tarikh je,"
"tulah, tak elok adik beradik nikah serentak"

........................................................

Orang cakap senang, yang buat ni susah.
Apa pun, kami dah selamat diijab qabulkan.
Ada hikmah semua ni berlaku.

Aku tak salahkan siapa-siapa,
Bagi aku, ini Ketentuan Allah pada kami.
Allah dan bagi kahwin, taknak ke? hahahahah

So sekarang, anak-anak S.yahap dan Aminah dan berkahwin.Mereka boleh tarik nafas lega .:) thanks mak dan abah dan juga pada Along dan abang Ihan yang banyak bantu masa majlis nikah hari tu :)



Love this pic. Everyone look happy . Exspecially Mak dan Abah :)

 Still rasa tak percaya dah jadi wife beliau :)


My gojes and Lovely younger sister and the blurrr bro-in-law :p yang nikah sama.



      Yeay! boleh ambil gambar peluk-peluk dah! :p


 Now tengah tunggu Majlis persandingan sebelah aku dan juga Harry. So still kena jaa badan, jaga muka .
Walaupun macam dah basi je masa tu. hahahahah :)

# Thank to all yang telah bagi wish- wish yang sangat cute kepada kami . Semoga wishes korang, akan termakbul :)


Adios!






Thursday 10 January 2013

Tarikh Nikah awal seminggu!

Salam,

Hi Hi Hi!

Lagi 24 hari lagi sebelum aku diijab qabulkan dengan Harry.
Sepatutnya Nikah dan Sanding 9 February 2013.
Disebabkan Kadinya nak pergi Umrah, kenalah cepatkan pada 3 February. WAAAAAAA takutnyaaaaaa! Takpalah, asalkan dah NIKAH nanti, semua dah halal dah :)

So, Nikah dulu, baru SANDING. :p
Mintak-mintak berseri lagilah muka kiteorang. ehh nakalnyaa bunyik!

Eh, By the Way, aku akan makeup sendiri waktu nikah nanti. InsyaAllah lah :)


BAJU NIKAH

Baju nikah ni aku tempah kat Labis. Kain tu hantaran masa bertunang hari tu. Kiteorang pilih warna krim untuk nikah sebab putih dah biasa dah kan. Design tu aku yang reka sendiri, tapi lebih kurang cengginilah designya :


jangan imaginasi aku dengan body seslim cengginiii. >.<

Taklah 100% sama, tapi design lebih kuranglah. Entah cemanalah ghupe baju nikah aku nanti. Risau lak dah tak muat kan. hahahhha. 


BAJU SANDING
Yang akan andam sebelah perempuan, aku guna khidmat Seri Andaman Comel  masa aku, kakak aku tunang dulu. Kak Ain yang akan jahit sendiri baju sanding kiteorang nanti.

 Baju sanding kiteorang, kiteorang pilih warna Dark Purple dan adik aku warna Soft Pink. Warnanya lebih kurang cenggini kot:






Lagi dark rasanya. terbayang pulak bila Harry pakai baju cam mamat atas ni. AUMMMM! hahah

Design baju plak macam ni:
labuci dekat bahu dengan kaki baju. Veil akan sama dengan labuci baju nanti.


Tapi in real nanti, takdalah exactly camtuh kot. Aku sendiri pon tak dapat bayangkan camner lagi ni.  Fitting sebelah aku dah, sebelah Harry lom lagi. Hahh, baju bertandang dekat sebelah Harry, aku pilih baju ni:




Mak Harry suka baju kaler lemak ketam ni. Sebab nampak lembutttt je aku nanti. ecehhh.. Design dia memang cantik. Ni andaman yang famous kat Kluang sebab rekaan yang Up-to-date. Andaman Pelangi Biru
Andaman Pelangi Biru . Dapat pula pilih Makandam dia yang meletupppsss tu.hahahha. orang kata solekan Cici ni cantik. Boleh tengok kat FB dia, Cici.

Mulanya aku dengan Harry nak pilih kaler Merah menyala ni degan krim ni. Tapi disebabkan ada reben besau dekat situ, tak jadi nak amek, lagi satu sebab merah sangat kalernya.





So, sekian dulu lah sebab dah pukul 2 pm ni, waktu break habis dahh :) kena sambung kerja ni.

Take Care

Adiosss!




Wednesday 2 January 2013

Happy New Year - Nawaitu!


Bismillah..
Hi hi hi!

Happy new year guys! Have a blast year towards! How;s ur day?
Semoga tahun 2013, akan menjadi tahun yang terbaik untuk korang semua. Aminn J

Kat JB takda sambutan New Year, dan jujurnya memang aku pun tak terasa yang 2013 dah tiba.
serious.

Aku dengan Harry just jalan-jalan dekat Jusco. Maklumlah, dinner company nak dekat, kenalah pikir nak pakai baju apa kan. Nasib baik tema tak pelik-pelik. Kalau temanya 'Hawaii' tak ke gile aku nak pakai baju rambu ramba? hehehe. Tema dinner company just simple. 'Blue.Orange.White'. Our logo punya warna.
Senang, kau pilihlah warna apa kau nak pakai kan?

*Sigh* baju tak beli lagi. No idea T.T

----------------------------------------------

Well, nak mengarang dekat belog ni, kena pikir betul-betul
Ayat kena cantik, kena sesuai.
Zaman sekarang ni, kita buat baik pun, orang kutuk, mengeji,

Bila bagi nasihat dikatanya 'Propa', “Bajet gud gud je’.
Bila marah dikatanya 'Berlagak','Bajet suci','penyibuk' dan sebagai bagainyaaa

Sebab tu, Harry dah bagitahu awal-awal, 

"u boleh berbelog, tapi takyah share semua hal, itu privasi kita dan takut orang menyampah"

Nawaitu somagadin aku masa berbelog semula sebab nak Sharing Experience  semasa persiapan sebelum majlis persandingan berlangsung. Apa yang aku tulis, itulah yang aku alami. Tak mereka-reka cerita langsung.
So, maaflah kalau kat belog ni tak kerap meletakkan gambar-gambar fancy aku ke, Harry ke apa ke untuk tatapan korang. hehehhe . Taknak korang muntah hijau tengok gambar kiteorang. hahahahah

Apa yang aku rasa boleh share, aku share, if rasanya privasi, kenalah simpan kan. InsyaAllah lah, kalau belog ni boleh membantu korang kan kan?


So, aku harap, kalau korang terbaca belog aku ni, kalau ada yang tak berkenan kat mata, yang sakit hati je baca, tinggalkanlah komen. kot-kot aku tersalah info or tersalah cakap kan? Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk, tentunya dari aku.

By The way,

Happy New Year u'olls!
May Allah bless you every day oof 2013!