Thursday 27 December 2012

Step Wajib – Tak Buat, Tak leh Nikah!


Bismillah,

 Hi Hi Hi,

I have very long-tired-day. So, last week, tak update Fesbuk,belog,gosip belog etc etc. Tiresome. T.T
24 Disember 2012 aritu, aku dan adek aku settlekan benda yang paling penting untuk Nikah nanti,

Iaitu,

Menyettlekan segala dokumen, temuduga sebelum mendapatkan KEBENARAN  BERNIKAH. Aku saja besarkan tulisan sebab nak bagitahu korang, betapa pentingnya step ni dan juga apa benda yang kena prepare sebelum pergi ke Pejabat Kadi Daerah korang.
Tapi , rileks der, tak sesusah dan serumit mana pun. Dulu aku pun fikir mesti leceh dan rumit, tapi alhamdulillah, dah settle dah J so, meh aku listkan apa benda yang kena korang prepare ( untuk perempuan ye )

NEGERI JOHOR je tau, NEGERI lain kena googlelah, Tapi rasanya lebih kurang je Je

  • 1.      Borang kebenaran bernikah -   Boleh di ambil di PEJABAT AGAMA DAERAH korang atau pun daerah lain asalkan NEGERI SAMA. Harga RM 5. Kena isi LENGKAP
  • 2.       Copy IC korang dan asal
  • 3.       Copy IC bakal suami korang. – Ada yang kata perlu, ada yang kata tak payah, tapi better bawak
  • 4.       Copy IC wali korang – Ayah selalunya lah, tapi kalau ayah dah meninggal, sesiapa yang berkelayakan
  • 5.       Copy IC  saksi 2 orang -  Saksi – saksi ni, kena sign kat ‘Borang kebenaran nikah’ nanti. Saksi selalunya tak kisah sesiapa, asalkan Baligh, Islam dan Siuman ok?. Bos korang atau kawan-kawan pun boleh.
  • 6.       Copy Sijil Nikah mak dan abah korang.- Yang original kena bawak jugak sebab diaorang nak sahkan nanti. Kalau korang anak perempuan sulung, ada prosedur lain taw.
  • 7.        Copy Sijil Kursus Kahwin – Yang original pun depa nak juga
  • 8.       Pengesahan status Bujang – Pengesahan ni boleh korang mintak bos korang buat . Just tulislah yang korang ni bujang lagi, Tapi bos kena ISLAM lah. Kalau bos dengki taknak buatkan untuk korang, boleh mintak ketua kampung /penghulu/pejabat kadi yang buatkan. Macam aku, Ketua kampung yang buatkan dan kena bayar RM5 okk.
  • 9.       Dokumen dari Bakal suami korang ( kalau yang lain daerah/negeri, pihak lelaki kena settelkan dulu baru pihak perempuan boleh buat)  kalau korangnya bakal suami adalah luar daerah/ negeri. 

-Korang kena bayar RM 20 ringgit kat Pejabat Agama daerah tu nanti.
-Dokumen kebenaran nikah yang korang kena bagi tok imam nanti akan dapat lepas 3 hari waktu bekerja. boleh minta orang lain ambilkan.

## Kalau yang lelaki, sama je rasanya. Cuma diaorang tak payah ada sijil nikah mak dan abah diaorang. Bezanya adalah kat dalam Borang kebenaran Nikah diaorang je.

Pastuh, dah settle prepare, bawak pergi pejabat agama,  tapi pihak lelaki yang lain daerah/negeri, takyah datang pun takpa. Cuma yang sama daerah kena settle sama-sama lagi senang.

Pastu TEMUDUGA! Hahahhaha, cuak ler tewww! Ahahahaha.

Masa aku aritu, dia ada bagi senarai soalan yang akan ditanya.
Ni soalan kat daerah Segamat :

·         Mengucap 2 kali shahadah
·         Al-Fatihah
·         Toharah
·         Munakahat
·         Ibadat
·         Doa Qunut

Tapi most of the time, depa tak akan tanya semualah. Ikutlah suka pegawai tu, aku plak kena 3 soalan je, adek aku langsung tak ditanya soalan. Siap berborak lagi. Pendek kata, ikut sedap pegawai tu lah. Yang penting Konfidennnn! Hahahhaha.
Alah, asalkan yang basic tu korang tahu , takpalah, kalau mengucap pun tak lepas, macamana kan?

Susah ler macam tu.


So, if ada yang aku tertinggal, aku akan update lagi ye!

                       # lepas ni, aku pegang status yang berbunyik "Im married' plak! Yeay yeay! :p
Semoga dipermudahkan segalanya. Aminn.

Adioss!






No comments:

Post a Comment