Friday 25 January 2013

My life after 1 week become Harry's wife ♥♥

As Salam,

Hi Hi Hi

Salam Jumaat korang & Selamat Menyambut Maulidur Rasul :)

Hari ni dah masuk Seminggu, aku bergelar wife kepda Harry. Bahagia rasanya. Sungguh :)
Semoga bahagia kami yang baru ni  akan kekal sampai ke Jannah. Amin.

Orang cakap, dah kahwin nanti, barulah perangai sebenar masing-masing akan muncul . Masa tu , marah, geram, sakit hati semua ada. Tapi setakat seminggu ni, alhamdulillah, takdalah yang buruk-buruk tentang beliau. hahaha. kot kot lepas seminggu baru tunjuk belang kan? hahahahah :p ampun sayang!hehe

Banyak perkara berubah . Rutin harian pon dah totally berubah.

Kalau dulu, masa bujang, aku balik kerja, Solat Asar, makan ( sebab aku memang akan makan before 7 petang) , bukak laptop tengok Korea, tunggu Magrib , sambung Korea , Solat Isya' pastuh tido sampai lewat pagi!

Tak sehat betul amalan rutin harian aku.

Dah kahwin ni rutin kena berubah. kena jaga hati hasben , kena dahulukan beliau dulu. dengar cakap beliau. Kalau dulu, hitam kata dia, putih kata aku, sekarang, hitam dia, hitamlah aku! kan nampak disitu VETO hasben! kalau beliau kecik hati, cepat-cepat aku pujuk, kang dosa, masuk neraka taw! hahaha

Kalau dulu, nak solat, lambat-lambat pon takpa. hmm, kekadang pon terkandas juga. :(
Dah ada hasben, best, solat sama-sama :) . Aku dan Harry dah fix kan untuk Solat Magrib sama-sama setiap hari . Masa ni, Ya Allah, indahnya perasaan bila dapat ber imamkan hasben sendiri. :)

Lepas tu kena pikir nak amek hati dia. Masak pun kena sedap, ikhlas, selawat masa masak. Moga-moga hasben ingat kita setiap hari, tak kan pandang perempuan lain . Kalau dulu, makan apa pun tak kesah, sekarang nak makan kena fikir apa yang dia suka, dia tak suka..

Hahah. Even seminggu pun, kiteorang still rasa malu-malu lagi. Almaklumlah, sebelum ni, duk rumah terbongkang, selekeh-selekeh pon takpa, hah, sekarang ni, nak tido pun malu, kena wangi wangi, bagi nampak kemas dan cantik sikit kat mata hasben.

Rumah pon kena selalu kemas. Beliau pula jenis yang memang suka tempat kemas-kemas. Nasib baik beliau rajin tolong aku. Masak boleh, kemas rumah pon boleh. Untung dapat hasben macam beliau.:) wawawaawa

Bagi sesiapa yang tanya perasaan orang dah kahwin ni, susah juga nak cakap. sebab tak semua ye boleh jadi indah-indah kan. Tapi yang penting, kita jangan ceritakan perihal rumah tangga dekat orang lain. Benda yang elok-elok bolehlah cerita ye tak?

Yang pastinya, seronok bila ada orang yang akan jaga kita.disisi kita :)


Seronok tengah sepupu, baby yang comel-comel macam ni. InsyaAllah ada rezeki kan? :)



Thanks for reading :)
Adios!

No comments:

Post a Comment